PEMBUKA KATA

Wednesday, March 16, 2011

PENULISAN KREATIF

SAJAK  SATU MALAM HUJAN DI KACHI

Hujan turun lagi malam ini
Jalanan sekejap bercahaya sekejap gelita
Angin memainkan ranting dan daun pepohonan
Umpama seakan nyanyian sang ajal dari negeri jauh

Malam makin berlanjur usia
Dan hujan turun lagi dengan suara
Yang menakutkan di sebalik hutan Sintok
Tapi aku tetap habiskan tulisan kreatif ciptaanku ini

Hujan turun lagi malam ini
Rakan-rakan lelap sudah di ranjangnya
Cahaya lampu dan bunyi kipas rosak
Berlumba menemani kesunyian malamku

Hujan turun lagi malam ini
Tatkala embun pagi membasahi bumi
Beserta katak terus bernyanyi
Bermulalah perjalanan hidup aku di alam mimpi…

OLEH: CIKMAD HAJI MANSOR

PENULISAN KREATIF

Puisi Buat Sahabat-Sahabat Di Perantauan

Dulu..
Kita bergurau bersama,
Tawa kita juga bersama,
Langkah kita pun bersama,
Tangis kita yang tak bersama,
Dulu..
Semua kenangan gembira kita jalani bersama,
Kita berbagi suka, duka dan cerita bersama,
Kita tersenyum, menangis, dan melangkah bersama.

Namun kini..
Semua hanya kita rasakan malalui sebuah gambar,
Sebuah gambar berharga yang tak hidup dan tak mungkin terulang.
Namun Kini..
Kita sudah berpecah,
Berpecah menimba ilmu merata dunia,
Mencari ilmu berlainan cara,
Bersama mengejar cita-cita kita.

Entah bagaimana paras rupa pada masa kini,
Entah bila kita dapat bersua lagi,
Entah bila kita dapat tertawa bersama kembali,
Entah bila aku dapat makan free lagi

Meski kini kita jauh,
Meski kini kita terpisah,
Meski kini jarak memaksa kita tidak berjumpa lagi,
Insyallah kita kan berkumpul kembali. 

Namun semua kenangan kita tetap selalu aku ingati,
Namun salah silap kita patutlah di lupai
Kita semua adalah sahabat sejati,
Insyallah boleh kekal hingga ke hakiki

Sampai jumpa sahabat,
Aku benar-benar berharap dapat berjumpa ,
Dan berkumpul kita semua,
Selagi masing-masing sama-sama berdoa,
Di panjangkan usia kita semua

Ya Allah..
Izinkan kami bersatu dan bertemu kembali,
Izinkan kami berjumpa lagi,
Izinkan serta jodoh ada di antara kami,
Insyallah jika masih ada yang solo lagi,
Biar aku yang  sanggup penuhi,
Paling utama kita berjumpa semua kembali…Amiinn..

OLEH:  CIKMAD HAJI MANSOR….

Sunday, March 6, 2011

SYAIR


 ANAKANDA UNTUK AYAHANDA DAN BONDA

Jika anakanda jadi menteri
orang berilmu anakanda hampiri
lawan mesyuarat lawan berperi
supaya pekerjaan jadi ugahari

Hendaklah periksa adanya wazir
di dalam kitab sudah terukir
mestilah menjauhkan pekerjaan mungkir
supaya jangan jadi tergelincir

Jika tergelincir pekerjaan salah
pekerjaan anakanda beroleh lelah
rakyat serata tentu bencilah
barangkali datang murkanya Allah

Jika anakanda menjadi besar
tutur dan kata janganlah kasar
jangan seperti orang yang sasar
banyaklah orang menaruh gusar

Tutur yang manis anakanda tuturkan
perangai yang lembut anakanda lakukan
hati yang sabar anakanda tetapkan
malu orang anakanda fikirkan


Kesukaan orang anakanda carikan
supaya hatinya tiada lari
masyurlah anakanda di dalam negeri
sebab kelakuan bijak sekali

Hendaklah anakanda jagakan nama
mendirikan hak dengan saksama
pekerjaan bidaah jangan diterima
walaupun sekecil seperti hama

Haruslah sabar lelah dan penat
mematuhi raja walaupun tenat
jangan bersifat menteri khianat
mungkir setia kurang amanat.

PENULISAN KREATIF

SAJAK JALAN-JALAN DI KOTA RAYA

Saban waktu sepanjang perjalanan
jalan-jalan raya di kota ini
lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran
dengan luka parah di hati.

Ketidaksabaran memuncak
kesombongan menguasai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan mengigit pangkal rasa.

Demikian etika di perjalanan
budi luhur warga kota raya
tidak lagi sering berlaku
yang hadir adalah keserakahan
menghakis sopan dan tatasusila
umpama banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sifat manusia
peradaban kota di masa kini.

OLEH: CIKMAD HJ MANSOR.

SAJAK MANUSIA PERTAMA (CONTOH)

Adam ialah ayah kita
yang tercampak ke dalam dunia
kerana mencari syurga
di celah buah khuldi.

Ketika terdampar di dunia baru
hari tengah malam
ia tidak memahami apa yang berlaku
mulutnya kaku terus membisu

Melihat suasana sekeliling
mulai merasa khuatir akan kegelapan
segumpal awam jauh dari pandangan
tidak mengetahui apakah itu.

Sepanjang malam ia terkaku
dari hatinya mengalir kesedihan duka
memikir tentang nasib kehidupan
yang dikelilingi suasana kegelapan
hanya air mata yang terus mengalir
tanpa ada seorang pun teman.

PUISI BUAT AHMAD DI PATTANI (CONTOH)

Kutemui Ahmad di Pattani
Wajahnya riang  melindungi duka
Memikul kesedihan yang begitu terseksa
Di sebalik raut wajahnya yang sayu kehampaan

Kehidupan yang aman dia impikan
Tetapi hanya cubaan dan sengsara yang diselubungi
Tanah yang di cintai bermandi darah pergaduhan
Hanya doa dan tawakkal jadi perlindungan hidup

Masa depan yang semakin kabur dan pilu
Namun tidak sedikit hatinya berputus asa
Walaupun api dan peluru sentiasa menimpa
Semangat mempertahankan tanah air tetap di teruskan

3. Adalah bahan-bahan penulisan kini mematuhi peraturan berbahasa?



Penggunaan tatabahasa dalam penulisan kebanyakkan masih tidak mematuhi peraturan berbahasa yang betul. papan tanda serta poster di jalan raya majoriti tidak menggunakan tatabahasa yang betul

2. Perlukan kesemua genre penulisan mematuhi peraturan berbahasa?

Kesemua genre penulisan perlu mematuhi peraturan bahasa kerana bahasa yang betul akan memudahkan pembaca membaca bahan penulisan yang digarap. Perkara yang diberi penekanan ialah pola keselarasan huruf vocal, ejaan kata pinjaman,ejaan kata dasar dan kata terbitan.Ini memudahkan pembaca membaca genre penulisan yang ditulis.